BersihNama.my merupakan platform perkhidmatan konsultasi di bawah Rich Minds Wealth Management (M) Sdn. Bhd. Milikan penuh Bumiputera, ditubuhkan pada 2019.
Dengan pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang konsultasi dan pengurusan kewangan, kami membantu pelanggan membuat semakan berdasarkan profil pekerjaan, komitmen serta rekod kewangan sebelum mengenal pasti pilihan yang bersesuaian.
Sekiranya Kakitangan Awam & Swasta, hadapi masalah “bad record” CCRIS, CTOS, AKPK, “Blacklist” dan/atau Komitmen Bulanan yang Tinggi yang menyebabkan pembiayaan peribadi tidak lulus, kami orang tepat untuk anda hubungi.
Berdaftar secara sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan CTOS Data System, Syarikat Rich Minds Wealth Management (M) Sdn Bhd komited dengan Misi dan Visi yang jelas untuk menyelesaikan krisis kewangan dan masalah pengurusan hutang yang semakin meruncing di kalangan rakyat tempatan khususnya di kalangan Kakitangan Awam & Swasta.
Kempen BERSIH NAMA telah secara rasmi dilancarkan pada 16 September 2022 bersempena Hari Malaysia ke-59 dengan slogan “Setiap Insan Berhak Mendapat Peluang Kedua / Everyone Deserves A 2nd Chance” sebagai pemangkin kepada initiatif bersepadu syarikat Rich Minds Wealth Management (M) Sdn Bhd untuk mencapai Misi dan Visi Syarikat pada tahap optimum dan lebih berkesan.
“Kegagalan adalah kesuksesan yang tertunda, jika yakin bahawa kegagalan bukan akhir dari segalanya,teruskan melangkah.”
1. Ke arah memberikan perkhidmatan konsultasi yang terbaik dalam menyelesaikan masalah kewangan pelanggan.
2. Melaksanakan dasar-dasar perkhidmatan pengurusan kewangan yang berkesan.
3. Merancang dan melaksanakan keperluan perkhidmatan yang berkualiti.
4. Memastikan perlaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan pada tahap optimum.
5. Mendidik pelanggan dalam pengurusan kewangan yang efisyen.
Memperbaiki status ekonomi rakyat Malaysia dengan penstrukturan semula hutang sebagai peluang kedua untuk menjalani kehidupan dengan tahap kewangan yang lebih sihat dan tidak membebankan.
03-4265 0887 ( Pejabat )
601159190887 ( Whatsapp )
customercare@bersihnama.my
Hakcipta Terpelihara © 2026 | Privacy Policy | Di bina Oleh BersihNama.my™